Sunday, November 21, 2010

Salam Sajian

Blog ini dreka untuk memudahkan pelanggan saya menerima informasi terkini mengenai perniagaan yang sedang dan yang akan saya jalankan. Insyaallah dengan berkat doa dan sokongan pemaca dan pelanggan yang saya hormati akan bertambah maju dan mencapai hasrat dan impian saya ini. Jikalau melihat dari diskripsi sajian perdana itu sendiri sudah tentu pembaca membayangkan bahawa saya menjalankan perniagaan makanan... 


Saji melambangkan sesuatu yang dipersembahkan kepada seseorang atau sesebuah pertubuhan. Manakala Perdana merupakan satu semangat yang besar yang meliputi semua kehendak dan keinginan. Ingin maju adalah cogan yang diterapkan di dalam syarikat ini. 


Oleh itu dsajian perdana dipilih berdasarkan keinginan saya yang besar yang akan disembahkan kepada mereka yang sentiasa look down dan mereka yang sentiasa mengharapkan saya berubah menjadi lebih baik..


Siapa yang mahu berada di kelompok corot?
Siapa yang mahu diperlekehkan...?


Bertahun saya tidak punya apa-apa. Nasib baik saya mempunyai sahabat yang senasib dengan saya sentiasa memberi perangsang dan sama-sama berusaha untuk maju..walaupun rintangan demi rintangan, kerugian demi kerugian, hutang demi hutang yang bukan membukit tetapi menggunung.... Sama sama merasa susah sama sama merasa senang.


Terimakasih untuk sahabatku...


Kita aka berjumpa lagi di post yang lain...


Bye...keep in touch..